Monday, March 18, 2013

E-Day CheckList_ Senarai Semak Pertunangan

assalamualaikum
Lama rasanya Moon x update blog ni.. Sekarang Moon tengah buat praktikal dan InsyaAllah Moon akan tamat belajar dalam bulan Oktober. So, memanglah teramat bz skrg.. mana dengan Final Year Project nya, mana dengan praktikalnya, mana dengan studinya...plus moon nak bertunang end of this month..

Agak kelam kabut, lagi 2 minggu untuk majlis tapi baru nak buat preparation. Nasib baik ada BG's yang sudi tolong. Hal-hal hantaran, Moon mintak tolong BG's Linda and kakaknya yang memang kreatif bab-bab gubahan ni.. so hal hantaran da setel.. Makeup Moon serahkan tugas kat BG's Haizum sebab dia memang expert bab makeup2 ni.. Moon guna khidmat kawan2 baik untuk bantu Moon dalam buat persiapan almaklumlah, Moon da xda mak and abah. Adik beradik pun bz kerja.

alkisahnya, ada sorang kawan moon baru bertunang and i envy her baju..simple but nice.. Moon memang da beli baju untuk majlis nanti, tapi moon rasa mcm simple sangat and moon takut org lain lagi vogue dari moon..hahaha..moon memang suka yang simple tapi biarlah lain cikit dari orang lain..tapi xnak la pulak majlis tunang sampai macam majlis kawin kan...hurmmm moon sendiri xpaham.. nak simple ke nak heavy? hahaha

sebenarnya kalau Moon ni selim melim, baju yang moon beli tu pun da cukup cantik..tapi sebab moon ni dedebab bebenor.. jadi xcantik la.. da yang pakainya x cantik.. nak buat macam mana.. redhooo je la.. ok la dapat kurangkan 6 kg dari berat sebelum ni. tapi masih lagi bambam.. tinggal 2 minggu ni x mungkin dpt kurangkan lagi 6kg.. so terima je la berat sekarang ni..:(


so kat sini moon letak la senarai semak unuk majlis moon yang simple dan kecik2 je.mungkin boleh bantu you all untuk buat majlis nanti.antara perkara yang perlu di ambil perhatian

1. Persalinan Tunang
-Baju
-Tudung
-Veil
-Kasut (moon xperlu kasut sebab dalam rumah)
-Aksesori
-Bunga Tangan


2. Hantaran
-Kek
-Buah
-Coklat
-Set wangian
- Kasut
-Sirih Junjung
- Jam Tangan
 
3. Jamuan Makan
Masakan tengahari 
-Ayam Masak Merah
-Kerabu Daun Salom
-Buah-buahan
-Dessert
- air sirap

4. Pelamin / Bilik
En. Buah hati beriya2 nak buat pelamin, tapi moon lebih suka bilik je.. sebab nanti moon malu la ramai2 tengok moon..hehe,,tapi dia da request nak pelamin oleh kerana dia bwk rombongan kalah rombongan kahwin..katanya senang nak bergambar..tengok lu mana yang lebih sesuai..

5. Make up
-Moon mintak kawan moon je..selain nak jimat, moon nak makeup yang simple je biar nampak natural..

6. Wakil Pihak Perempuan
ini pun antara perkara yang penting dalam sesuatu majlis pertunangan.Moon xtaw siapa yang akan cakap nanti, will decide later..

itu untuk majlis moon, siapa yang buat majlis grand2 boleh la sediakan door gift untuk tetamu.. :)



 
 


Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

Assalamualaikum, Selamat Tahun Baru.. Welcome 2013..

Jarang sekali moon excited nak sambut tahun baru.. tapi untuk tahun ni banyak perancangan yang dibuat menyebabkan moon excited to be in 2013.. so here we go, it's 1st January 2013. This year would be a very busy year for Moon..

1/3/13        - My sis getting married and im going to be the busiest person at that time.
31/3/13      - ................. ( surprise) inshaAllah, mudah-mudahan terlaksana
1-3 Jun      - Holiday ke cameron highland dengan buah hati n famili dia
25-27 Jun  - Holiday ke Langkawi dengan buah hati and friends ( cant wait this event!!!!)
28 Jun        - My best friend, Ayu is getting married
Oktober     - graduate from UPM.. harap-harap takda apa-apa halangan tok abis belajar tahun ni..

Memandangkan terlalu banyak perancangan untuk tahun ni.. moon nak tetapkan azam supaya semua perancangan dapat terlaksana. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur moon dan semua orang-orang yang moon sayang, keluarga, buah hati dan kawan2.

Azam 2013

  • Nak kurus!!!
  • Menyimpan dengan lebih disiplin
  • Dapat 1st Class degree!! 
  • Ubah diri untuk berfikiran lebih positif!!
selamat datang 2013, semoga kau membawa kebahagian kepada semua orang.  :)

Friday, December 9, 2011

Asam Pedas Ikan Merah

Hujung minggu lepas, Moon dapat 'task' dari bakal mak mertua untuk masak Asam Pedas Ikan Merah. Sebelum ni moon memang pernah masak asam pedas kat rumah mak buah hati moon,,, tapi asam pedas ikan kembung. Selang bape minggu mak dia suruh moon masak asam pedas lagi..Huhu..bangga rasanya bila ada orang suka masakan kita. Sebenarnya, masa moon masak asam pedas ikan kembung tu, itu first time moon masak asam pedas. Oleh kerana En. Buah Hati beriya sangat nak makan terpaksa la cari resepi kat internet.

Actually,,, mak dia suruh moon masak asam pedas ikan pari, gelabah la moon. Kalau Setakat nak buang hanyir boleh tahan lagi, tapi nak siang ikan pari memang moon tak reti. tapi nasib baik mak dia beli ikan merah yang da siap potong, selamat la moon. hehehe..mungkin ikan pari xda kat pasar aritu..hehe..lega!!

So kat sini moon nak share resepi untuk masak asam pedas ikan merah macam kat bawah ni. tapi sukatan untuk setiap bahan moon tak sure sangat sebab moon main agak2 jer.



Bahan-bahan :

Ikan Merah atau sebarang ikan yang sesuai
Cili Kering 10-20 tangkai
Bawang Merah
Bawang Putih
Buah Keras
Kunyit Hidup 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Halia 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Lengkuas 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Belacan 1/2 inci sebesar ibu jari
Daun Kesum
Bunga Kantan
Tomato ( optional)
Bendi ( optional )
Garam secukup rasa
Asam jawa

Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dengan asam jawa atau limau
2. Buang biji cili kering dan rendam dengan air panas
3. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup, buah keras, dan
    belacan
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak
5. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato, bendi dan garam secukup rasa
6. Masukkan ikan dan tunggu ikan masak ( ikan jangan dikacau terlalu kuat dan dimasak terlalu lama takut 
    hancur


Inilah hasilnya, selamat mencuba!



Thursday, November 17, 2011

cara buat gambar bergerak

Terima Kasih kak Ummi Qayreena sebab sudi follow dan singgah blog moon. Sorry sebab lambat reply soalan akak. Ramai jugak yang tanya cara buat scrolling image ni, sebenarnya  Moon pon da lupa caranya. hehe..tapi takpe,, moon bukak balik buku untuk buat tutorial ni.


Step 1: copy code dibawah







Step 2: Klik Design ---->> Add a Gadget----->>> HTML/ Javascript 

Step 3 : paste code dekat ruangan HTML

Step 4 : Tukarkan code mengikiut kesesuaian dan kehendak anda seperti dibawah


perkataan "left' : boleh ditukar kepada up, down dan right.


scrollamount : boleh ditukar kepada nombor lain. Semakin tinggi nilai semakin laju.


link untuk dibuka: link yang hendak dibuka apabila gambar diklik. sebagai contoh, bila klik kat gambar boleh bawa kita ke Facebook..so gantikan dengan link facebook


url gambar: url gambar yang hendak dipamerkan. URL gambar boleh diperolehi dengan mengupload gambar ke blog anda. publish atau save and then right klik pada gambar and klik copy image URL


Nota:
1. Jika anda ingin menambah lebih banyak gambar, cuma copy paste code 


 <a href="link untuk dibuka" target="_blank"><img src="url gambar" /></a><br />  


sebanyak mana gambar yang dikehendaki dan tukar url gambar



Thursday, November 3, 2011

Money Drop @ Astro

Assalamualaikum bloggers..

pernah dengar tak game show terbaru yang akan ditayangkan kat astro ria? MONEY DROP,, i will be one of the contestant. really excited dan berdebar-debar.

moon terjebak ngan game show yang menawarkan 1juta ringgit ni sebab my future sister in law..oppsss..hehehe ajak pergi audition untuk game show ni..saja nak try luck..untung sabut timbul,..dengan takda sebarang persediaan,, moon redah jer..memang da biasa buat kerja macam ni.. kadang2 exam pon redah jer..malas punya pasal..masa audition tu ada dua stage nak kena pass tok layakkan diri jadi contestant. sampai tempat audition around 10.00 a.m kat SACC Mall, Shah Alam. punye la ramai orang,,ni 1st time moon join audition..memang tak sangka ramai macam tu sekali..bayangkan kitorang sampai pagi, tapi around 5.p.m baru dapat di audition.

1st stage kitorang kena jawab 20 soalan dan kalo kedua-dua pasangan dapat markah lebih 11 over 20..baru boleh pegi next stage..alhamdulillah moon and partner kak lydia pass that level and move to the next stage. mula2 moon fikir moon takkan lepas pon 1st stage t sebab pengetahuan moon bukan luas sangat..soklan yang ditanya pon boleh tahan gak susahnya....untuk 2nd stage, kitorang kena beraksi depan kamera, so masa stage ni kena ceria, tak boleh malu2, memang berbeza dengan peronaliti moon. tapi ini pon terpaksa redah juga..tawakal je la..

selang 2 minggu, kak lydia dapat call kata kitorang pass dua2 stage and will be the contestant for that game show. harini moon nak pergi taklimat untuk game tu, tarikh rakaman antara 4-16 November,,,tapi tarikh tayangan moon x sure lagi..

so nantikanlah moon kat astro ria nanti ek..macam manalah rupa moon dalam tv nanti..huhu...malulah plak

Friday, October 14, 2011

Kenyataan Hidup

hidup tak semudah ABC123..
setiap kali kena buat pilihan even benda kecik sekalipun. setiap hari kena pilih dari buat keputusan besar dan penting dalam hidup sampai ke benda paling leceh nak makan apa hari ni pun kena pilih. Hidup kita, pilihan kita. tapi betul ke pilihan yang kita buat. tepat ke pilihan yang kita buat. Yang pasti semua ada hikmahnya dan hanya Allah yang tahu.

seronok jadi budak kecik. tak susah nak buat pilihan. asal cantik asal sedap asal suka..okey aje padanya. tapi bila da besar semua kena fikir, kena buat pilihan yang terbaik. Cantik tak semestinya baik, Sedap tak semestinya sihat.

Wednesday, October 5, 2011

Cinta Jarak Jauh??

Apa pendapat korang dengan cinta jarak jauh? 

kalau x kuat, memang susah nak bertahan dengan hubungan cinta ni. banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh.hati kena kuat, kena sentiasa ingat diri da berpunya, yang paling penting sekali kesetian, kejujuran dan kepercayaan.

kalau dalam kes aku ni. SERDANG - KL xlah jauh mana. tapi disebabkan sibuk yang teramat, KL ke SERDANG da macam beribu batu jauhnya.

korang yang ada pengalaman macam ni, meh la share ckit pengalaman and kalau ade tips leh la jadi DR. CINTA!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿