Friday, December 9, 2011

Asam Pedas Ikan Merah

Hujung minggu lepas, Moon dapat 'task' dari bakal mak mertua untuk masak Asam Pedas Ikan Merah. Sebelum ni moon memang pernah masak asam pedas kat rumah mak buah hati moon,,, tapi asam pedas ikan kembung. Selang bape minggu mak dia suruh moon masak asam pedas lagi..Huhu..bangga rasanya bila ada orang suka masakan kita. Sebenarnya, masa moon masak asam pedas ikan kembung tu, itu first time moon masak asam pedas. Oleh kerana En. Buah Hati beriya sangat nak makan terpaksa la cari resepi kat internet.

Actually,,, mak dia suruh moon masak asam pedas ikan pari, gelabah la moon. Kalau Setakat nak buang hanyir boleh tahan lagi, tapi nak siang ikan pari memang moon tak reti. tapi nasib baik mak dia beli ikan merah yang da siap potong, selamat la moon. hehehe..mungkin ikan pari xda kat pasar aritu..hehe..lega!!

So kat sini moon nak share resepi untuk masak asam pedas ikan merah macam kat bawah ni. tapi sukatan untuk setiap bahan moon tak sure sangat sebab moon main agak2 jer.



Bahan-bahan :

Ikan Merah atau sebarang ikan yang sesuai
Cili Kering 10-20 tangkai
Bawang Merah
Bawang Putih
Buah Keras
Kunyit Hidup 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Halia 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Lengkuas 1/2 inci atau sebesar ibu jari
Belacan 1/2 inci sebesar ibu jari
Daun Kesum
Bunga Kantan
Tomato ( optional)
Bendi ( optional )
Garam secukup rasa
Asam jawa

Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dengan asam jawa atau limau
2. Buang biji cili kering dan rendam dengan air panas
3. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup, buah keras, dan
    belacan
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak
5. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato, bendi dan garam secukup rasa
6. Masukkan ikan dan tunggu ikan masak ( ikan jangan dikacau terlalu kuat dan dimasak terlalu lama takut 
    hancur


Inilah hasilnya, selamat mencuba!



1 comment:

  1. dari twitter ke blogging... salam perkenalan buat pemilik blog ^_^

    ReplyDelete

silalah beri komen anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿