Monday, March 18, 2013

E-Day CheckList_ Senarai Semak Pertunangan

assalamualaikum
Lama rasanya Moon x update blog ni.. Sekarang Moon tengah buat praktikal dan InsyaAllah Moon akan tamat belajar dalam bulan Oktober. So, memanglah teramat bz skrg.. mana dengan Final Year Project nya, mana dengan praktikalnya, mana dengan studinya...plus moon nak bertunang end of this month..

Agak kelam kabut, lagi 2 minggu untuk majlis tapi baru nak buat preparation. Nasib baik ada BG's yang sudi tolong. Hal-hal hantaran, Moon mintak tolong BG's Linda and kakaknya yang memang kreatif bab-bab gubahan ni.. so hal hantaran da setel.. Makeup Moon serahkan tugas kat BG's Haizum sebab dia memang expert bab makeup2 ni.. Moon guna khidmat kawan2 baik untuk bantu Moon dalam buat persiapan almaklumlah, Moon da xda mak and abah. Adik beradik pun bz kerja.

alkisahnya, ada sorang kawan moon baru bertunang and i envy her baju..simple but nice.. Moon memang da beli baju untuk majlis nanti, tapi moon rasa mcm simple sangat and moon takut org lain lagi vogue dari moon..hahaha..moon memang suka yang simple tapi biarlah lain cikit dari orang lain..tapi xnak la pulak majlis tunang sampai macam majlis kawin kan...hurmmm moon sendiri xpaham.. nak simple ke nak heavy? hahaha

sebenarnya kalau Moon ni selim melim, baju yang moon beli tu pun da cukup cantik..tapi sebab moon ni dedebab bebenor.. jadi xcantik la.. da yang pakainya x cantik.. nak buat macam mana.. redhooo je la.. ok la dapat kurangkan 6 kg dari berat sebelum ni. tapi masih lagi bambam.. tinggal 2 minggu ni x mungkin dpt kurangkan lagi 6kg.. so terima je la berat sekarang ni..:(


so kat sini moon letak la senarai semak unuk majlis moon yang simple dan kecik2 je.mungkin boleh bantu you all untuk buat majlis nanti.antara perkara yang perlu di ambil perhatian

1. Persalinan Tunang
-Baju
-Tudung
-Veil
-Kasut (moon xperlu kasut sebab dalam rumah)
-Aksesori
-Bunga Tangan


2. Hantaran
-Kek
-Buah
-Coklat
-Set wangian
- Kasut
-Sirih Junjung
- Jam Tangan
 
3. Jamuan Makan
Masakan tengahari 
-Ayam Masak Merah
-Kerabu Daun Salom
-Buah-buahan
-Dessert
- air sirap

4. Pelamin / Bilik
En. Buah hati beriya2 nak buat pelamin, tapi moon lebih suka bilik je.. sebab nanti moon malu la ramai2 tengok moon..hehe,,tapi dia da request nak pelamin oleh kerana dia bwk rombongan kalah rombongan kahwin..katanya senang nak bergambar..tengok lu mana yang lebih sesuai..

5. Make up
-Moon mintak kawan moon je..selain nak jimat, moon nak makeup yang simple je biar nampak natural..

6. Wakil Pihak Perempuan
ini pun antara perkara yang penting dalam sesuatu majlis pertunangan.Moon xtaw siapa yang akan cakap nanti, will decide later..

itu untuk majlis moon, siapa yang buat majlis grand2 boleh la sediakan door gift untuk tetamu.. :)



 
 


No comments:

Post a Comment

silalah beri komen anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿