Monday, March 28, 2011

Jalan-jalan cari makan


Ini kami, pelajar-pelajar Bachelor of Business Administration. Aktiviti kegemaran kami ialah..... MAKAN!! semestinya. Pilihan kali ini ialah restoran Tupai-Tupai yang menyediakan Steamboat Buffet pada waktu malam. Nice view, restoran dalam hutan di tegah bandar. Event ini berlangsung pada hari Sabtu 16 March 2011 dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam. Tapi saya datang lewat sikit. Biasalah, kena tunggu cik Abang balik dari kerja. Dah tu,,, boleh sesat plak. but at last, jumpa juga akhirnya.




Amaran dah diberi dan ditampal di setiap sudut. So, jangan lah tamak. Ambik sikit-sikit, nanti boleh tambah lagi =). ada juga bagusnya buat peraturan macam ni. Mengurangkan kadar pembaziran.



Semua item-item steamboat di sini memang fresh terutama Cendawan~~ my favourite!!
Ada pelbagai pilihan macam chinese tofu, obor-obor, crab stick, sayur-sayuran, seafood dan macam-macam lagi yang tak diketahui namanya.



Dah pilih-pilih, sesi makan-makan la pulak. apalah agaknya yang mereka bualkan. Dah jadi kebiasaan, belajar sungguh-sungguh, makan sungguh-sungguh, borak pun sungguh-sungguh la..



Ermm..tengok tu..sedapnya!!



Sesi suap-suap manja-manja pulak la..


Bob kekenyangan. Dah surrender ke BOB??


Makan sudah, gosip sudah, gelak pun sudah,, so it's time to go home. Tapi tak lengkap rasanya kalau balik dengan tangan kosong. TAPAU??...OHH TIDAK.. Kami cuma tapau gambar beramai-ramai sebagai kenangan. Yang syoknya, tengah seronok snap picture here and there, pihak restoran tutup lampu ( Macam menghalau je gayanya,,dengki betul ) walaupun da gelap, kami tak lepaskan peluang untuk snap picture kami semua yang memang 'happening',,,





Gambar-gambar yang sempat diambil sebelum lampu ditutup





Gambar-gambar yang diambil setelah lampu ditutup.

Jadi, siapa-siapa ingin merasai suasana makan ala-ala di pinggiran desa, boleh lah berkunjung ke restoran Tupai-Tupai ni. Harga untuk Buffet Steamboat ini adalah RM28 seorang tidak termasuk air. Selain steamboat, pelanggan juga boleh menikmati hidangan sampingan seperti buah-buahan, bubur ayam, aiskrim dan yang lain-lain lagi yang saya sendiri pun tak pasti sebab saya cuma makan steamboat, buah dan aiskrim sahaja =p

1 comment:

  1. Slot Machines for Sale - JT Hub
    Slot Machines for 춘천 출장마사지 Sale. JT Hub. JTG Hub. 전라북도 출장샵 JTG Hub. JTG Hub. JTG Hub. JTG Hub. JTG 아산 출장안마 Hub. JTG Hub. JTG Hub. JTG Hub. 경주 출장샵 JTG 포천 출장샵 Hub. JTG Hub. JTG Hub. JTG Hub.

    ReplyDelete

silalah beri komen anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿