Wednesday, March 23, 2011

Skandal Enron


1.               PROFIL ENRON CORPORATION


           Enron Corporation merupakan syarikat Tenaga Amerika yang berpusat di Houston, Texas. Enron menggaji sekitar 21,000 pekerja dan merupakan salah satu syarikat terkemuka di dunia yang menerajui industri elektrik, gas asli, kertas dan komunikasi dengan pendapatan USD 111 Billion pada tahun 2000. Fortune mengangkat Enron Corporation sebagai ‘ Syarikat Amerika Paling Inovatif ’ selama 6 tahun berturut-turut bermula pada tahun1996 sehingga 2001. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1985 diasaskan oleh Kenneth Lay setelah Houston Natural Gas bergabung dengan InterNorth. Selepas beberapa tahun berkembang  secara domestik dan antarabangsa, Enron terlibat dengan hutang yang bernilai berbillion dolar oleh kerana transaksi dan kontrak yang rumit. Semua hutang disembunyikan dari pengetahuan pemegang saham melalui penipuan perakaunan, pinjaman haram dan perkongsian dengan syarikat lain yang dirancang yang dikenali sebagai skandal Enron. Skandal itu juga mewujudkan banyak persoalan tentang amalan perakaunan dan kegiatan kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat dan merupakan faktor dalam penciptaan undang-undang Sarbanes-Oxley. Skandal ini juga penyebab kepada pembubaran syarikat perakaunan besar Arthur Andersen.


2.                  SEBAB-SEBAB KEJATUHAN ENRON

2.1        Perakaunan  Mark to Market

Perakaunan mark to market merupakan amalan perakaunan dimana anggaran keuntungan masa depan dari setiap perjanjian direkodkan pada nilai pasaran semasa bukan pada nilai masa depan atau nilai sejarah
Dalam perniagaan Gas Asli Enron, perakaunan adalah cukup jelas dalam setiap tempoh masa, syarikat mencatatkan kos sebenar dan hasil sebenar dari jualan yang dilakukan. Setelah Skilling memasuki Enron, dia meminta Enron mengaplikasikan perakaunan Mark to Market dengan alasan bahawa perakaunan ini akan menggambarkan nilai ekonomi yang sebenar. Perakaunan Mark to Market menggariskan apabila kontrak jangka panjang ditandatangani, pendapatan dianggarkan pada nilai semasa bukan nilai pada masa hadapan.
Selalunya, kelangsungan kontrak dan kos-kos yang yang berkaitan sukar untuk dinilai oleh kerana perbezaan yang besar dan percubaan untuk menyamakan tunai dan keuntungan yang diperolehi, pelabur biasanya akan diberi laporan palsu. Apabila menggunakan kaedah ini, pendapatan dari pelbagai projek boleh direkodkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kewangan. Namun pada tahun berikutnya, keuntungan tidak boleh dimasukkan dan pendapatan tambahan perlu diperolehi dari lebih banyak projek untuk membangunkan pertumbuhan kewangan bagi meyakinkan pelabur. Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat meluluskan kaedah ini untuk kontrak perniagaan Gas Asli Enron yang seterusnya bertarikh 30 Januari 1992, namun Enron kemudiannya memperluas kaedah ini dalam syarikatnya bagi memenuhi unjuran Wall Street.
Dalam satu kontrak pada Julai 2000, Enron menandatangani kontrak selama 20 tahun bersama Blockbuster Video untuk memberikan hiburan atas permintaan kepada bebeprapa Bandar di Amerika syarikat. Setelah beberapa projek perintis, Enron mengenalpasti keuntungan dianggarkan melebihi 11 juta dolar Amerika dari perjanjian itu walaupun penganalisis mempersoalkan kelayakan teknikal dan permintaan pasaran terhadap perkhidmatan itu. Ketika rangkaai gagal berfungsi, Blocbuster Videoo menarik diri dari kontrak dan oleh kerana Enron mengamalkan perakaunan Mark to Market, Enron terpaksa mengakui keuntungan masa depan walau hakikatnya perjanjian itu mengakibatkan kerugian.

2.2        Entiti Tujuan Khas ( Special Purpose Entities )

Entiti Tujuan Khas bermaksud syarikat atau perkongsian terhad dicipta bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu untuk membiayai atau menguruskan risiko yang berkaitan dengan aset-aset tertentu. Syarikat memilih untuk mendedahkan  butiran minimum untuk kegunaan Entiti Tujuan Khas. Syarikat ini dicipta oleh penaja tetapi dananya dibiayai oleh pelabur ekuiti bebas dan pemiutang.  Untuk tujuan laporan kewangan,syarat menyatakan Entiti Tujuan Khas adalah berasingan daripada pembiaya. Pada tahun 2001, Enron telah menggunakan ratusan Entiti Tujuan Khas untuk menyembunyikan hutangnya. Entiti Tujuan Khas digunakan lebih dari sekadar mengelakkan konvesyen perakaunan. Hasil daripada kesalahan itu, dalam Kunci Kira-Kira Enron, ekuiti direkod lebih banyak dan tanggungan direkod lebih sedikit berbanding nilai yang sebenar menjadikan keuntungan Enron kelihatan sangat tinggi.

2.2.1        JEDI dan Chewco

Dalam tahun1193, Enron melancarkankan usahasama dalam pelaburan tenaga bersama CalPERS, ( Dana Pencen California ) dan usahasama itu digelar Joint Energy Development Investments (JEDI).  Pada tahun1997, Skilling yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi ( COO) meminta CalPERS untuk menyertai Enron dalam pelaburan yang berasingan. CalPERS bersetuju tetapi dengan syarat hanya jika CalPERS boleh dikeluarkan dari usahasamanya dalam JEDI. Walaubagaimanapun, Enron tidak mahu menunjukkan sebarang hutang di atas pengambil alihan CalPERS. Fastow membangunkan Entiti Tujuan Khas, Chewco untuk meningkatkan jaminan terhadap hutangnya dan juga untuk  mendapatkan kepentingan usahasama dengan CalPERS pada nilai $383 juta dolar.


2.3        Perakuan Pendapatan ( Revenue Recognition)

Perakuan pendapatan adalah satu prinsip akaun dimana keuntungan direkod pada ketika perkhidmatan diberikan atau barang dijual bukan pada ketika tunai diterima. Enron dan syarikat pembekal tenaga lain mendapat keuntungan melalui perkhidmatan seperti perdagangan borong dan pengurusan risiko disamping membina dan memelihara penjana tenaga elektrik, rangkaian paip gas asli, gudang simpanan dan kemudahan pemprosesan. Ketika mengambil risiko membeli dan menjual produk, peniaga dibenarkan untuk merekodkan harga jualan sebagai hasil manakala kos produk sebagai kos barang dijual. Sementara agen pula menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tetapi tidak mengambil risiko sama seperti peniaga dimana agen dibolehkan merekod kos perdagangan dan broker sebagai hasil walaupun nilai yang direkod bukan nilai penuh dalam sesuatu transaksi.
Seperti syarikat Goldman Sachs dan Merrill Lynch yang menggunakan model agen untuk melaporkan pendapatan syarikatnya dimana hanya perdagangan dan yuran broker akan direkodkan sebagai hasil, Enron juga turut terpilih untuk menggunakan model agen ini. Enron dibenarkan merekod nilai dagangan sebagai hasil dan pendapatan perdagangan Enron meningkat. Antar tahun 1996 hingga 2000, pendapatan Enron meningkat lebih dari 750% nak meningkat dari 13.3 bilion dolar pada 1996 kepada 100.8 bilion dolar pada tahun 2000. Dalam 9 bulan pertama pada tahun 2001, Enron mencatat keuntungan sebanyak 138.7 bilion dolar. Hasil dari keuntungan tersebut, Enron diiktiraf oleh Majalah Fortune sebagai Syarikat paling Inovatif. Sedangkan pada hakikatnya, Enron tidak mempunyai keuntungan sebanyak itu oleh kerana amalan perakaunan yang diamalkannya. Walaupun didalam laporan kewangan Enron kelihatan sangat menguntungkan, sebaliknya tunai yang diterima tidak berpadanan dengan barang atau perkhidmatan yang diberikan.





3.            AMALAN PERAKAUNAN ENRON CORPORATION

Hasil dari konsep-konsep perakaunan yang diguna pakai dan strategi yang tidak berjaya menyebabkan Enron mengalami kerugian yang sangat teruk. Oeh kerana, pemilikan memberi hak kebebasan penuh kepada pihak pengurusan dalam mengendalikan matawang membolehkan syarikat menyembunyikan kerugian dari pengetahuan pemilik dan pemegang saham. Laporan kewangan Enron kelihatan menguntungkan sebaliknya Enron sedang mengalami kerugian. Di setiap suku tahun, pegawai syarikat harus melakukan penipuan dalam penyediaan laporan kewangan untuk mencipta ilusi keuntungan berbilion dolar.
Amalan perakaunan ini meningkatkan harga saham Enron ke tahap yang baru. Pada ketika itu, para eksekutif Enron terpaksa bekerja mengikut maklumat kewangan dalaman yang dicipta. Para eksekutif serta pekerja dalaman syarikat tahu tentang akaun luar negeri yang dicipta dan disembunyikan daripada pengetahuan pelabur. Ketua Pegawai Kewangan, Andrew Fastow mengetuai pasukan yang mencipta akaun palsu ini dan memanipulasi perjanjian yang menjamin dirinya, keluarga serta teman-temannya pendapatan ratusan dolar dengan mengorbankan syarikat dan pemegang saham Enron Corporation


4.               PIHAK-PIHAK TERLIBAT

4.1      Kenneth Lee Lay

           Kenneth Lee Lay merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Enron Corporation sejak tahun 1985 sehingga 23 Januari 2002 kecuali beberapa bulan dalam tahun 2001 dimana Jeffrey Skilling memegang jawatan itu. Pada tarikh 7 Julai 2004, Kenneth Lay didakwa oleh juri di Houston, Texas berhubung penglibatannya dalam keruntuhan Enron. Kenneth Lay didakwa atas 11 pertuduhan antaranya membuat kenyataan palsu, penipuan sijil saham, pengubahan wang haram, dan konspirasi dalam dokumen dakwaan 65 helaian. Walaubagaimanapun hakim menolak pertuduhan yang ke 11 menjadikan Kenneth Lay didakwa dengan 10 pertuduhan. Setiap satu pertuduhan membawa hukuman penjara antara 5 hingga 10 tahun. Pada tarikh 25 Mei 2006, Kenneth Lay didapati bersalah atas 6 pertuduhan bagi kesalahan menipu dan membuat kenyataan palsu. Kenneth Lay mungkin menerima hukuman selama 45 tahun, walaubagaimanapun beliau meninggal 3 bulan sebelum hukuman dijatuhkan.


4.2        Jeffrey Keith Skilling

Jeffrey Keith Skilling atau lebih dikenali sebagai Jeff Skilling dilahirkan pada 25 November 1953 dan merupakan mantan CEO Enron Corporation. Skilling mula bekerja untuk Enron pada tahun 1987 dan membantu syarikat dalam memajukan pasaran gas asli. Skilling telah membuatkan Kenneth Lay kagum terhadap kemampuannya sebagai perunding. Berikutan itu, Lay melantik Skilling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Enron Finance Corporation pada tahun 1990 dan menjadi Pengerusi Enron Gas Services Co. pada tahun 1991.
Dengan menggalakkan strategi pelaburan agresif, beliau membantu menjadikan Enron pemborong perniagaan elektrik dan gas terbesar. Susulan itu, pada Februari 2001, skilling dilantik mmenjadi CEO dengan pendapatan sebanyak US Dolar 132 juta setahun. Dibawah Skilling, Enron melaksanakan perakaunan Mark to Market dimana anggaran keuntungan masa depan dari setiap perjanjian direkodkan pada nilai pasaran semasa bukan pada nilai masa depan atau nilai sejarah. . Secara tiba-tiba pada Ogos 2001, Skilling meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi dan merancang untuk menjual sebilangan besar sahamnya. Kenneth Lay kemudiannya mengambil semula tugas sebagai CEO.
Skilling didakwa atas 35 pertuduhan atas kejatuhan syarikat Enron. Beliau menyerah diri kepada Biro Siasatan Persekutuan ( Federal Bureau of Investigation ) pada 19 Februari 2004 dan mengaku tidak bersalah dalam semua pertuduhan. Pertuduhan tersebut adalah tentang pengetahuan beliau tentang skandal Enron, penglibatan secara langsung dan juga konspirasi terhadap penipuan syarikat Enron. Sekitar satu bulan setelah meletak jawatan dari Enron, Skilling menjual 60 juta saham miliknya dan mendakwa dirinya berbuat demikian kerana mendengar khabar mengenai Enron bakal bankrup.

 Pada tahun 2006, Jeffrey Skilling dijatuhkan hukuman terhadap 4 pertuduhan iaitu membuat kenyataan palsu, konspirasi,penipuan sijil saham dan insider trading ( kesalahan membeli atau menjual saham berdasarkan maklumat yang belum direrbitkan atau sulit). Manakala, beliau didapati tidak bersalah atas 9 pertuduhan insider trading yang lain. Pada 23 Oktober 2006  Skilling dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 4 bulan serta denda sebanyak 45 bilion  dolar.


4.3        Andrew Stuart Fastow

Andrew Stuart Fastow dilahirkan pada 22 Disember 1961 merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Enron Corporation. Fastow mencipta laman web syarikat yang kompleks dimana syarikat ini tidak wujud sama sekali. Syarikat tersebut kemudiaannya menjalankan urusniaga palsu dengan Enron Corporation bertujuan untuk meningkatkan wang syarikat serta menyembunyikan kerugian yang dialami melalui Kunci Kira-Kira suku tahunannya dan kelihatan seperti Enron bebas dari hutang.
Andrew Fastow mempunyai kepentingan  kewangan peribadi samada secara langsung atau melalui rakan kongsi. Andrew Fastow menghasilkan puluhan juta dolar dengan mengabaikan amalan asas perakaunan seperti melaporkan tunai di tangan dan jumlah tanggungan. Fastow turut memberi tekanan kepada beberapa bank pelaburan yang besar di Amerika Syarikat seperti Merrill Lynch dan Citibank untuk melabur dalam dananya dengan mengancam bank-bank pelaburan akan kehilangan perniagaan masa depan dengan Enron Corporation jika mereka tidak berbuat demikian. Fastow juga turut mengancam  untuk memecat penganalisa syarikatnya jika berani bertindak untuk membocorkan kedudukan kewangan Enron yang negatif.
 Pada 31 Oktober 2002, Andrew Fastow diatas 78 pertuduhan termasuk penipuan, pengubahan wang secara haram dan konspirasi. Pada 14 Januari 2004, Fastow mengaku bersalah atas dua tuduhan dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. Fastow juga bersetuju untuk menjadi informan dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan ketika pendakwaan bekas-bekas eksekutif Enron yang lain bagi tujuan mengurangkan hukumannya.


4.4        Arthur Andersen

Arthur Andersen, yang berpusat di Chicago merupakan salah sebuah daripada 5 syarikat perakaunan yang besar juga dikenali sebagai The Big Five selain daripada PricewaterhouseCooper, ToucheTohmatsu, Ernst & Young dan KPMG. Syarikat perakaunan ini menyediakan perkhidmatan perundingan, audit dan cukai kepada syarikat-syarikat besar.. Arthur Andersen didakwa bersalah atas tuduhan menghalang keadilan dengan memusnahkan ribuan dokumen serta memadam email dan fail syarikat milik Enron yang diperlukan bagi tujuan audit. Mahkamah tidak membenarkan menerima audit dari pesalah yang dihukum. Pada tahun 2002, Arthur Andersen menyerahkan lesennya sebagai Syarikat Akauntan Awam selepas didapati bersalah atas tuntutan jenayah yang melibatkan Enron Corporation dan 85, 000 orang hilang pekerjaan. Kemudiaannya Mahkamah Agung US ( Supreme Court) menarik balik  perintah larangan mengaudit oleh kerana Arthur Andersen tidak diadili dengan sewajarnya dan Arthur Andersen kembali bebas menjalankan operasi. Walaupun Arthur Andersen masih wujud sehingga kini, namun reputasi syarikatnya terjejas teruk ekoran daripada skandal Enron

5.            Kronologi Kes

1985
Houston natural Gas bergabung dengan Internorth membentuk Enron Corporation dan Ketua Pegawai Eksekutif( CEO ) Houston Natural Gas menjadi CEO bagi syarikat gabungan tersebut.

1989
Enron memulakan perdagangan komoditi gas asli

1990
Kenneth Lay melantik Jeffrey Skilling dalam memimpin usaha syarikat untuk fokus pada komoditi perdagangan di pasaran terselaras. Kemudiaanya Skilling mengupah Andrew Fastow bekerja didalam Enron.

1991
Arthur Andersen menyertai Enron Corporation sebagai pembantu kawalan.

1997
Skilling dilantik sebagai presiden dan Ketua Operasi Enron. Andrew Fastow mencipta entiti tujuan khas Chewco dan bekerjasama membeli University of California dan dana pencen California yang digelar sebagai Joint Energy Development Investments ( JEDI ). Namun, Chewco tidak menepati syarat yang ditetapkan untuk direkod di dalam kunci kira-kira Enron. Keadaan ini merupakan langkah pertama kepada kejatuhan dan skandal Enron.

1998
Andrew Fastow dilantik menjadi Ketua Kewangan Enron

1999
Fastow mencipta Lea Jeffrey Michael (LJM )  . LJM diluluskan untuk membeli aset berprestasi buruk dan melindungi pelaburan berisiko Enron. Ini membantu syarikat menyembunyikan hutang syarikat. Pengarah Enron menyetujui rancangan Fastow untuk dia menjalankan kerjasama perkongsian yang berurusan dengan Enron dan sekaligus memegang jawatan Ketua Kewangan. Ketua Pegawai Risiko, Rick Beli ditugaskan untuk memantau transaksi tersebut untuk melindungi kepentingan Enron Corporation.

2000
Ogos
Saham Enron melonjak kepada 90 dolar seunit

Disember
Enron mengumumkan bahawa Skilling akan menggantikan tempat Lay sebagai CEO bermula Februari 2001 dan Lay kekal sebagai Presiden

2001
14 Ogos
Skilling meletak jawatan  sebagai CEO dan Lay kembali memegang jawatan itu

22 Ogos
Eksekutif Kewangan, Sherron Watkins bertemu secara peribadi dengan Kenneth Lay untuk berbincang mengenai masalah kewangan Enron yang boleh memusnahkan syarikat


16 Oktober
Enron mengumumkan 638 juta dolar kerugian pada suku ketiga dan penurunan 1.2 bilion dolar ekuiti pemegang saham

19 Oktober
Securities and Exchange Commisionn ( SEC) melancarkan penyelidikan keatas bahagian kewangan Enron

22 Oktober

Enron mengiktiraf penyelidikan SEC tentang konflik kepentingan yang mungkin berkaitan dengan syarikat kerjasama Fastow. Lay bersetuju memberi kerjasama dan menanti saat yang menjadi kebimbangan Enron terhadap transaksi itu berakhir.

8 November
Enron memfailkan dokumen kepada SEC untuk menyemak semula laporan kewangan bagi tempoh 5 tahun terdahulu yang menyebabkan kerugian 586 juta dolar

9 November
Dynegy mengumumkan perjanjiannya untuk membeli saham Enron pada nilai  8 bilion

19 November
Enron menyatakan kembali pendapatannya pada suku ketiga dan menyatakan jumlah hutangnya adalah sebanyak 690 juta dolar.

28 November
Saham Enron menjunam kepada kurang daripada 1 dolar dan Dynegy membatalkan rancangan untuk membeli bekas pesaingnya itu.

2 Disember
Enron diisytiharkan muflis dan ribuan pekerja diberhentikan
                                                                                                      

2002
9 Januari
 Jabatan Kehakiman memulakan siasatan jenayah ke atas Enron


10 Januari
Rumah Putih ( White House ) mendedahkan Lay ada mendapatkan bantuan daripada    2 anggota cabinet sebelum Enron musnah tetapi tiada bantuan yang diberi. Auditor syarikat Arthur Andersen menyatakan telah menghapus dokumen Enron.

23 Januari
Kenneth Lay mengundurkan diri menjadi pengerusi dan meletak jawatan sebagai CEO.

4 Februari
Kenneth Lay mengundurkan diri dari lembaga pengarah

7 Februari
Skilling dan Fastow muncul di Kongres bersama peguam Enron Jordan Mintz untuk menuntuk hak Pindaan Kelima ( Fifth Amendment )

14 Mac
Bekas Juruaudit Enron, Arthur Andersen didakwa atas kesalahan menghalang penyiasatan dengan menghancurkan dokumen Enron

9 April
David Duncan, bekas juruaudit Arhur Anderson mengaku bersalah mengarahkan  pekerjanya untuk menghancurkan dokumen-dokumen milik Enron.

15 Jun 
Arthur Andersen dihukum.

16 Oktober
Arthur Anderson dijatuhi hukuman denda sebanyak $ 500, 000 dolar dan syarikat telah diharamkan untuk menjalankan aktiviti pengauditan. Hanya beberapa pekerja sahaja masih tinggal

31 Oktober
Fastow didakwa atas 78 pertuduhan konspirasi, penipuan pengubahan wang haram, dan lain-lain tuduhan.



26 November
Bekas eksekutif, Larry Lawyer mengaku bersalah atas kesalahan mengajukan borang cukai palsu untuk tidak melaporkan pendapatan $80, 000 dolar yang diberi  oleh Fastow.


2003
4 Februari
Bekas pedagang Enron, Jeffrey Richter mengaku bersalah kerana berbohong kepada FBI untuk membantu memanipulasi pasaran tenaga California

12 Mac
Membuka fail dakwaan terhadap dua bekas eksekutif  kewangan dan perakaunan Enron Broadband, Kevin Howard dan Michael Krautz atas tuduhan memalsukan keuntungan $111 juta dari kerjasama Enron dan Blockbuster Video

30 Oktober
David Delainey, bekas eksekutif unit perdagangan Enron mengaku bersalah atas tuduhan insider trading, dan memanipulasi pendapatan syarikat

2004
14 Januari
Andrew Fastow mengaku bersalah atas dua tuduhan konspirasi dan dihukum 10 tahun penjara

8 Julai 
Lay menyerah diri kepada FBI. Dakwaan terhadapnya dibuka. Lay dituduh terlibat dalam konspirasi untuk memanipulasi hasil kewangan Enron, membuat kenyataan palsu dan mengelirukan orang awam tentang prestasi syarikat serta menghilangkan fakta-fakta yang  diperlukan untuk membuat laporan kewangan yang tepat

30 Julai
Bekas CEO Enron Broadband, Kenneth Rice mengaku bersalah atas penipuan yang membabitkan $13.7 juta termasuk tunai, perhiasan dan kereta


5 Ogos
Bekas pedagang Enron, John Forney mengaku bersalah di San Fransisco kerana memanipulasi harga tenaga semasa krisis kuasa di California pada tahun 2000 hingga 2001.

25 Ogos
Bekas ketua perhubungan pelabur Enron, Mark Koenig mengaku bersalah atas tuduhan membantu dan bersubahat dalam penipuan dan pemalsuan laporan kewangan

31 Ogos
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif( COO ) Enron Broadband Kevon Hannon mengaku bersalah atas satu dakwaan konspirasi

20 September
perbicaraan ke atas empat bekas eksekutif Merrill Lynch dan dua bekas eksekutif Enron bermula atas tuduhan penipuan dan konspirasi

2005
31 Mei
Mahkamah Agung Amerika syarikat ( Supreme Court ) memberi hak pengauditan semula kepada Arthur Andersen oleh kerana juri tidak berhak menjatuhkan hukuman tanpa membuktikan Arthur Andersen mempunyai niat jenayah melalui penghapusan dokumen Enron

15 Julai
Bekas eksekutif perakaunan Enron mengaku bersalah atas konspirasi untuk menyertai satu skim yang mengenalpasti keuntungan sebelum waktunya

20 Julai
Juri membebaskan tiga daripada lima defendan dalam perbicaraan kes Enron Broadband  bagi beberapa pertuduhan tetapi buntu  dalam mencari penyelesaian kepada 164 pertuduhan lain.

2006
25 Mei
 Kenneth Lay didapati bersalah atas 6 pertuduhan bagi kesalahan menipu dan membuat kenyataan palsu

5 Julai
Kenneth Lay meninggal dunia sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya.

23 Oktober
Skilling dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 4 bulan serta denda sebanyak 45 bilion US Dolar.





6.            Kesimpulan

Kesan dari skandal ini, Enron Corporation telah dibubarkan dan diorganisasi semula menjadi Enron Creditors Recovery Corporation pada November 2004. Misi Enron Creditors Recovery Corporation adalah mengorganisasi semula dan mencairkan operasi  dan asset tertentu untuk kepentingan pemiutangnya.
Selain itu, skandal ini juga menyebabkan wujudnya satu akta yang digelar Sarbanes-Oxley Act 2002 yang digubal pada 30 Julai 2002. Akta ini juga dikenali sebagai Public Company Accounting Reform and Investor Protection Act' atau  Reformasi Syarikat Perakaunan Awam dan Undang-Undang Perlindungan Pelabur. Akta ini dinamakan sempena  Senator Amerika Syarikat, Paul Sarbanes dan Perwakilan Amerika Syarikat Michael G. Oxley. Akta ini bertujuan untuk menetapkan piawaian atau dan meningkatkan piawai lembaga, pengurusan syarikat awam dan syarikat perakaunan awam.





9 comments:

  1. hai....terimah kasih kepada penulis kerana memberi info yg menarik....sy cadangkan agar faktor budaya organisasi ditambah dalam kes Enron ini..Kerana faktor budaya merupakan punca utama kejatuhan syarikat tersebut....

    ReplyDelete
  2. tengss.. tp saye masih perlukan beberape lagi maklumat penting.. seperti etika juruaudit yang gagal dipenuhi.. :)

    ReplyDelete
  3. ok t.q info tapi kes nie rumit oh sy susah nak fhm....

    ReplyDelete
  4. mnt izin copy ea....klo boleh sye nk lagi mklumat yg bnayk psal enron ne...ad tgasan dr lec la...:)

    ReplyDelete
  5. syukran atas pekongsian .. copy paste yea ^^

    ReplyDelete
  6. thank you..brgune sgt information ni utk asignment :)

    ReplyDelete
  7. thank you, mohon untuk copy paste yea ^__^

    ReplyDelete
  8. hello. boleh saya tahu, apa langkah penyelesaian yang boleh kita lakukan utk mengelak sebelum perkara begini berulang kembali?

    ReplyDelete

silalah beri komen anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿