Saturday, May 21, 2011

Al- Fatihah buat cikgu Rusdi

Al- Fatihah buat Cikgu Rusdi bin Ismail yang pernah mengajar moon untuk Add Math dan Fizik masa di SMK Pengkalan Permatang. Arwah memang seorang yang tegas tapi ramah dan mesra dengan student beliau. kehilangan arwah memang sangat dirasa dan ditangisi oleh ramai student beliau termasuk moon. arwah mmg seorang cikgu yg baik...teringat masa moon and the geng melepak sama-sama dengan beliau.. kadang-kadang kami pergi rumah cikgu untuk buat kelas tambahan add math pada waktu malam,


Ya Allah..Kau tempatkan lah beliau di kalangan orang2 yang beriman..

Arwah memang seorang yang kuat dan tabah. walaupun beliau koma beberapa hari beliau masih berusaha untuk terus hidup..pantang maut sebelum ajal..tapi sudah ditetapkan Allah, akhirnya arwah meninggal pada 21/5/2011 .. antara jam 3.00 a.m - 5.30. sebab dalam pukul 12.00a.m dan 2.00 a.m masih ade lagi student yang pergi melawat dan update di facebook bahawa arwah sudah tiada harapan dan minta apa pun yang berlaku, semua orang redhakan. Arwah memang guru yang disayangi ramai. Group di facebook tu rata-rata dah tinggalkan sekolah antara 4 - 10 tahun..tapi masih ambil berat tentang cikgu yang paling dekat dihati kami semua. mana tidaknya, beliau anggap kami macam adik2 dan kawan beliau

Arwah meninggal disebabkan accident dengan lori ketika ambil anak dia balik dari sekolah, pada mulanya keadaan beliau stabil selepas itu beliau terpaksa di pengsankan untuk buat operation..selepas beberapa hari keadaannya stabil  tapi masih bergantung dengan wayar dan dalam keadaan koma ( wayar ape moon x pasti) mungkin machine atau tiub yang doktor sambungkan ke badan arwah. sehingga ke akhir hayatnya, walaupun doktor kata sudah tiada harapan, dan seluruh badannya lemah tak berdaya, jantungnya masih kuat berdegup ( MasyaAllah ), betapa kuatnya arwah. namun, Allah lebih sayangkannya. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanjung Karang, Kuala Selangor


SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT...AL FATIHAH~~


P/S : untuk readers skalian, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah walaupun tak pernah mengenalinya


No comments:

Post a Comment

silalah beri komen anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿