Showing posts with label tentang seseorang. Show all posts
Showing posts with label tentang seseorang. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

suka suki moon

Alhamdulillah..setel pon blog moon ni..penat nak kasi repair die..merajuk agaknya, aku asik kata die burok and membosankan ^^..

asik buat hal je kebelakangan nih..bikin aku jadi panas membara-bara..http://eemoticons.nethaaa..at last..aku tukar ko completely sampai ade follower nak follow aku dua kali..hehehe..sebab ingat ni blog lain. ko jangan merajuk lagi err belog..susah aku jadinya

..sorry ya belog kesayangan kuh(!) janji tak buat lagi dah ---- ampun http://eemoticons.net



tiba-tiba pulak rasa rindu dekat dia.. ni jap lagi gerenti tidor pon mimpi diahttp://eemoticons.net huhu.. tak sabar nak jumpa CAYUNKbesok 


okeyh..itu adalah iklan tidak berbayar...sila abaikan (!)


hurmm (!)...
tadi tengah bosan-bosan...aku buat blogwalking and jumpa satu tutorial cara pakai tudung ala HANA TAJIMA..haha..nak tengok hasil kerja merepek sengsorang memalam buta...eh..malam apenyer..pepagi buta LAH


✿ antara pose yg sempat dirakam ✿❤










untuk hari ni..ini je lah okeyh..u all jgn lupa komen,, moon lap u'ols la stalker walopun  u'ols slalu skodeng moon...haaaa...ingat moon tak tahu ker (!) hehe...http://eemoticons.net
terperasan la pulop..


http://eemoticons.net

assalamualaikum..moon chiow dulu

Saturday, May 21, 2011

Al- Fatihah buat cikgu Rusdi

Al- Fatihah buat Cikgu Rusdi bin Ismail yang pernah mengajar moon untuk Add Math dan Fizik masa di SMK Pengkalan Permatang. Arwah memang seorang yang tegas tapi ramah dan mesra dengan student beliau. kehilangan arwah memang sangat dirasa dan ditangisi oleh ramai student beliau termasuk moon. arwah mmg seorang cikgu yg baik...teringat masa moon and the geng melepak sama-sama dengan beliau.. kadang-kadang kami pergi rumah cikgu untuk buat kelas tambahan add math pada waktu malam,


Ya Allah..Kau tempatkan lah beliau di kalangan orang2 yang beriman..

Arwah memang seorang yang kuat dan tabah. walaupun beliau koma beberapa hari beliau masih berusaha untuk terus hidup..pantang maut sebelum ajal..tapi sudah ditetapkan Allah, akhirnya arwah meninggal pada 21/5/2011 .. antara jam 3.00 a.m - 5.30. sebab dalam pukul 12.00a.m dan 2.00 a.m masih ade lagi student yang pergi melawat dan update di facebook bahawa arwah sudah tiada harapan dan minta apa pun yang berlaku, semua orang redhakan. Arwah memang guru yang disayangi ramai. Group di facebook tu rata-rata dah tinggalkan sekolah antara 4 - 10 tahun..tapi masih ambil berat tentang cikgu yang paling dekat dihati kami semua. mana tidaknya, beliau anggap kami macam adik2 dan kawan beliau

Arwah meninggal disebabkan accident dengan lori ketika ambil anak dia balik dari sekolah, pada mulanya keadaan beliau stabil selepas itu beliau terpaksa di pengsankan untuk buat operation..selepas beberapa hari keadaannya stabil  tapi masih bergantung dengan wayar dan dalam keadaan koma ( wayar ape moon x pasti) mungkin machine atau tiub yang doktor sambungkan ke badan arwah. sehingga ke akhir hayatnya, walaupun doktor kata sudah tiada harapan, dan seluruh badannya lemah tak berdaya, jantungnya masih kuat berdegup ( MasyaAllah ), betapa kuatnya arwah. namun, Allah lebih sayangkannya. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanjung Karang, Kuala Selangor


SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT...AL FATIHAH~~


P/S : untuk readers skalian, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah walaupun tak pernah mengenalinya


Monday, May 16, 2011

Header untuk dijual!!


masa moon boring2 dok umah,, time2 cuti niyh..
sempat la moon buatkan bestie moon Header tok blog die
moon ni mmg tak kreatif langsung..
BOH ikut dan jer..
rasa2 mcm ok jer..kire DONE la 2..hehe
so...itulah hasil header yg dapt moon buat untuk linda carlmella
yg kt bawah ni plak..hasil selepas header siap di pasang di blognya 2..
haishh..rasa jeles plak..




haha..amacam?? nak order kat moon wat header??
jerit kat shoubox moon..hehehe
and...jgn lupa follow skali linda carlmella ekh..

i love bruno mars



ape barang Justin Bieber
Bruno Mars larh..baru cool..
the real man in town..
hahaha..
opsss..marah pulak fans Justin Bieber 
( ntah btol or tak moon eja name dia )
huhu..gurau ja bah~~

macam orang lain moon pun ade gak
artist pujaan hati..
tapi moon ni setakat minat camtu2 je la..
takde sampai FANatic sangat..


Moon panggil Bruno Mars
Genius of Music
just like Jason Mraz
lagu-lagu dia memang coolzz..!!


antara lagu-lagu Bruno Mars yang Moon suka ^ ~ ^

1. Billionaire - feat Travie McCoy

2. Nothin on you- feat Bob



5. Talking To The Moon ( song u listening now )




p/s : how will i be when i see him in person

Selamat Hari Guru

sempena hari guru ni..
moon nak ucapkan selamat hari guru buat
semua guru-guru moon
yang penah ajar moon
sampai la moon jadi manusia
macam sekarang nih..

so di kesempatan ini
moon nak share..
wajah-wajah yang telah banyak berjasa
bukan sahaja pada moon
tapi entah pada berapa ribu manusia lagi
diluar sana yang mungkin dah jadi 
doktor, engineer, entrepreneur (insyaallah..i will be the one)

Teacher Ruhaizah
ini..tecer ruhaizah,,guru kelas moon masa form 5
die ajar BI..biasalah..panggil pun tecer..
ramai kawan2 Moon yang kata dia garang
tapi Moon rasa biasa jer
mungkin sebab moon suka subjek BI kot..
so moon takla takut sangat
moon rasa tecer ruhaizah ni sempoi..
rock ckit mcm moon pun ade..sbb 2 moon suke die kot..
huhuhu..


Cikgu Asit Udin
ini pulak,,cikgu asit udin
Cikgu disiplin sekolah moon
beliau ni bapa kepada kawan moon juga..
masa moon kat sekolah rendah..
selalu moon melepak umah cikgu ni..
main ngan anak dia
dia pon baik..kira garang bertempat la..
yang nakal jer selalu kena..
moon budak baik..hahaha


Ustazah Khatijah
 ini pulak,, ustazah khatijah..
moon and kengkawan panggil ustazah khaty
hehe..kalau dia taw mesti dia marah..
ustazah khaty ni peramah,,
nampak cam garang kalau tak kenal dia..
tapi kalau dah kenal..gerenti boleh ngan punya..


Ustazah Azizah
ini ustazah Azizah..
lembut je orangnya
suara pun perlahan jer..
beliau ni guru perpustakaan..
siapa-siapa yang tak pulang buku..
siaplah..dia cari sampai kat kelas..
hahaha..xdalah..gurau ja..



p/s :   
sumer ni guru SMK Pengkalan Permatang
ramai lagi guru yang moon sentiasa ingat
 dari sekolah rendah sampai lah kat IPT
tapi kalau nak citer sumer, rasanya sakit tangan moon nak menaip ni haaa..hahahaah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿