Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Anonymous - Operation Malaysia


message from the video - 
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour


Kumpulan Hackers Anonymous ni sangat terkenal, dari ape yang moon baca di internet mereka juga pernah hack Play Station Network (PSN), oleh kerana Anonymous mahu menghalang PSN dari mengambil untung dengan menyuruh pengguna untuk mengemaskini firmware baru dan jika tidak seseorang itu tidak dapat menggunakan PSN. Mereka ini adalah kumpulan  golongan international hackers yang berada di seluruh dunia dan mempunyai bilangan yang tersangat ramai

apa pula sebab anonymous nak hack laman web Malaysia. Ini adalah kerana kerajaan Malaysia dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyekat akses internet di Malaysia ke beberapa laman web. Di bawah ni merupakan surat rasmi dari SKMM tentang penyekatan akses ke web-web yang tersenarai







p/s : suara yang digunakan dalam video 2 adalah dari voice software contoh macam kalau korang taip kat google translate then click listen, macam tu la bunyinya..haha and moon nak ingatkan, mungkin ramai yang bersetuju dengan tindakan hackers ni tapi kena beringat juga,,ini negara kita,,macam2 boleh jadi kalau orang luar senang2 nak hack system or malaysian website ..


Karikatur hina Islam Utusan Malaysia


Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”


Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.


“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI

Friday, June 3, 2011

Auto Blogwalking di site Hack Pensil

hye all..
buat masa ni moon kurang aktif berposting
tapi moon aktif berblogwalking pulak..
baca-baca entry blogger sedunia...hehe..
then moon terjumpa satu site yang memang besh !!..
nak taw kenapa??

sebab owner blog tengah buat satu software autoblogwalking..
bagi siapa-siapa yang suka buat blogwalking atau nak tingkatkan traffic site
boleh la singgah site HACK PENSIL okeyh..jom ramaikan komuniti blogwalking..
jangan lupa follow owner sekali keyh ~~ HACK PENSIL


Monday, May 30, 2011

Cara Untuk Mempercepatkan Loading Blog Anda

Bila moon blogwalking, selalu terbaca entry yang di tulis oleh blogger lelaki kebanyakkannya yang mengutuk blog perempuan. kononnya blog perempuan susah nak loading sebab make-up blog dengan macam-macam widget. Biasalah perempuan kan memang suka dengan kecantikan. blog ni da boleh dianggap rumah untuk blogger di alam maya. Bagus sebenarnya perempuan yang rajin make-up blog dia sebabnya ia dapat mencerminkan diri dia yang suka menghias. Andai kata ada blogger lelaki yang nak cari jodoh dengan blogger perempuan, carilah yang pandai hias-menghias ni..nanti bila dah kawin mesti pandai urus rumah tangga. para blogger lelaki...korang nak ke bini yang tak pandai kemas rumah? haha..

okeyh itu bukan tujuan asal moon buat entry ni..actually moon nak share cara untuk mempercepatkan blog di LOADING oleh para visitor..mudah saja...ikut steps kat bawah ni: 


    Step Pertama : Pergi ke Dashboard blogspot korang, dan klik "Design" .

    Step Kedua:  klik pada butang "Edit HTML" di tepi perkataan "Page Element" tu.

    Step Ketiga:  tick box () sebelah perkataan "Expand Widget Templates".

    Step Keempat tekan CTRL-F, dan cari code  </head>
 
    Step Kelima: Sekarang, dah jumpa  code </head> , paste-kan code kat bawah ni, di atas code </head> tu.


<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/><script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});</script>


    Step Keenam: Klik pada butang "Save Template".



Disarankan anda check dulu kelajuan loading blog anda sebelum buat tutorial kat atas ni untuk melihat perbezaan. Perbezaan memang tak banyak, tapi boleh la tahan. kat bawah ni moon share kelajuan loading element blog moon sebelum dan selepas. Yang bawah tu sebelum pada pukul 19: 04 dan yang 19: 09 adalah selepas moon lajukan blog moon..huissshhh..laju sangat (!)




p/s : untuk check kelajuan blog anda, sila klik sini

selamat mencuba cara cepatkan loading blog 

Thursday, May 19, 2011

Rahsia lelaki mengikut zodiak





Jom kenali lelaki melalui zodiak..hanya untuk suka-suka..tak semestinya 100% betul..tapi dalam 10 perkara mesti ada 8 yang betul.. dari segi fizikalnya, mungkin kurang tepat sebab manusia itu unik tapi kalau dari segi 'habit' atau sifatnya kebanyakkan betul. individu yang lahir bernaung dibawah zodiak yang sama selalunya mempunyai perangai yang tidak jauh berbeza. kenapa macam tu?.. moon pun taktahu sebab moon x kaji lagi..hehehe

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus 
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Gemini 
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.

Cancer 
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.

Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo 
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.

Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.

Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .

Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .

Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Perlukah 'Word Verification'??

hai..hai...hai...malam2 mcm ni..moon mmg suka blogwalking~~ lebih tenang nak baca entry2 blog yang moon follow..dari satu link ke satu link yg kat ade Misterlinky 2 moon klik..kdg2..link kat misterlinky blog org lain pon moon klik..hehehe

dah baca,, mesti nak komen kan..tapi ader satu part yg moon x suka..bila nak post komen.. kena masukkan word verification ..kadang2 moon x perasaan yg ade menatang 2..bila moon klik post..moon anggap mcm DONE la kan..aleh2..xpost lagi..

moon faham ade sesetengah blogger yang nak mengelakkan spam..sebab tu dowg setting word verification ni kepada 'YES' atau mungkin ade sesetengah blogger yang x perasan langsung setting word verification tok post comment ni wujud.

bukannya ape..pada pendapat moon la..agak menyusahkan dan melambatkan visitor nak post comment ( sekarang ni kan semua orang nak cpt sajer )..aleh2 jadi malas plak..lebih2 lagi kalau tersalah masuk character..kena masukkan lagi..mmg la characternye jelas..tapi kalau terlebih konfiden menaip mcm moon ni..terlepas pandang juga.. tertekan key lain kat keyboard 2..huhu...ADEH~~


so,,kepada blogger sekalian yang xda masalah ngan SPAM silalah rajin2 kan tangan tukar setting 2 yer..setting tok deactivate word verification ni sila pegi ke ....


pilih setting


then click comment


scroll ke bawah smpai jumpa bahagian word verification..then select 'NO'
p/s : sila abaikan cara moon highlight bahagian yang nk dipilih to0..dulu tgn moon tak bedung..huuhuhu,,lawak lah tengok anak panah menggigil t0o.. 


Saturday, May 14, 2011

Coke dan 'kelebihannya'



moon ni ade satu tabiat yang pelik kalau makan kat luar 
mcm kat mamak ke,, gerai ke, warung ke,mesti nak order air kosong

melainkanlah kalau moon makan kat 
McD, KFC dan seangkatan dengannya, mmg no choice la kan

pandangan sinis mesti diterima oleh moon
bila moon tanya tukang amik order 2..
air ape sedap..but at last moon order air kosong juga
( bukan kes jimat duet keyh!)

tapi kalau kat rumah tak sah kalau moon tak minum air manis2 ni
mesti nak simpan stok 
yang jadi feveret..macam biasa lah..
COKE,, Pepsi dan seangkatan dengannya

mungkin air kosong kat rumah tak sedap kot..
almaklumlah air free
tak kena dengan selere moon..( hahahaha)

kalau kat luar
air kosong pon kena bayar
patut lah rasa die sedap jek moon rasa
macam teh ais taknak susu taknak teh~~


haaa...ni senarai harga air kosong mengikut kategori kedai makan

Warung : RM0.20 
Gerai : RM 0.30
Mamak : RM 0.50
Restoran : RM0.50 ~ RM 2.00 


p/s : ape beza gerai dan warung 2...carik sendiri keyh!


sebenarnya, air bekarbonat atau lebih dikenali sebagai air gas ni tak elok untuk kesihatan..meh2..moon citer sikit pasal air berkarbonat ni keyh..moon copy paste jer..



Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! 


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta. 


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. 


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! 




kesimpulannya : huhu..hebat sungguh Coke nih..multipurpose.!!.

Monday, March 21, 2011

Program Pembudayaan Bahasa



Program : Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa
Tempat : Kompleks Kraf, Jalan Conlay
Tarikh : 17 hb March 2011

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan disaksikan oleh YB Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Malaysia.

Majlis bersempena untuk membudayakan bahasa melayu disamping menerapkan penggunaan bahasa melayu yang betul dalam komunikasi dari peringkat sekolah hingga penggunaan rasmi serta pergaulan seharian.

Majlis diserikan dengan kehadiran barisan penghibur tanah air popular seperti Sohaimi Mior Hassan, Zainal Abidin dan adik Fimie serta artis-artis budaya dari ASWARA. Melalui persembahan yang dilakukan, orang awam khususnya pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai jenis kesenian Melayu seperti Pantun, Gurindam, Syair, Teromba, Puisi, Dondang Sayang dan lain-lain.

  • Pantun
Merupakan puisi Melayu lama yang membuktikan keperihatinan masyarakat silam terhadap budaya hidup dan kehalusan budi. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama dari keseluruhan baris dalam rangkap pantun . Manakala separuh yang kedua dalam baris rangkap pantun ialah maksud atau isi pantun. Selain menghibur, pantun juga digunakan untuk memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan percakapan. Malah, pantun juga turut berfungsi untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia tersembunyi melalui penyampaian yang halus dan berkias.

  • Syair
Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkaji kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma', Al-Insan, Al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama islam di Melaka.Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik Al-Saleh (1297M) di Pasai. Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih bercirikan melayu dan cukup berkesan dengan tema ilmiahnya. Setelah itu, syair semakin berkembang dan diserapi dengan budaya melayu

  • Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak terikat atau tertentu bentuknya. Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Manakala bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah barisnya, jumlah perkataan dan mempunyai rima atau tidak

  • Teromba
Merupakan puisi melayu tradisional yang menghimpunkan kata-kata adat. Adat bukan sahaja merangkumi adat istiadat, malah ianya juga merangkumi keseluruhan cara hidup Melayu khususnya masyarakat di Negeri Sembilan. Di dalam teromba, terkandung juga pantun, gurindam, seloka dan ungkapan dalam baris-baris kata yang sangat menarik, puitis dan indah yang mengetengahkan nasihat kepada pendengarnya.

Contoh Lagu Puisi
Epilog Cinta dari Bromley
Penyanyi : Sohaimi Mior Hassan
Lagu & lirik : Sohaimi Mior Hassan

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat kepadaku
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

1
Nun di sana
Beri beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

Sumber dipetk dari Modul Program Pembudayaan Bahasa
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tentang daku

My photo
it is not easy being Noor Ain Abu Hasan..✿